What PLKN Actually Looks Like

Lol PLKN is trending on Twitter! Nampak benarlah budak2 habis SPM masing masing tengah menggelabah kira waktu dan hari hari sebelum nak menjejakkan kaki kat PLKN - obviously macam aku dulu gak lah haha.

PART 1 – GET PREPARED: WHAT TO DO AND WHAT TO NOT TO DO

Entah kenapa hari ni terasa rajin nak bercerita pasal PLKN dulu. Aku pernah post briefly pasal routines kat PLKN dulu in previous post. Disebabkan kerinduan terhadap kawan kawan seperjuangan masa kat PLKN dulu tiba tiba datang - plus budak budak lepasan SPM dah mula meroyan takmau pergi PLKN lol, so hari ni nak cerita sikit pasal what is PLKN really looks like.

Frankly speaking, PLKN gives me the best experience ever. Mula mula dulu aku pun macam most of those typical ppl – menjerit-jerit, merungut tak sudah, mencaci maki kerajaan sebab nama naik dalam system; name it, semua aku buat haha. Tapi that was before I discovered what PLKN really is.

So yeah, 1st January 2012 was the day aku lapor diri. Bayangkan masa tu konon-konon orang tengah sibuk menanam segala azam tahun baru, sambut dengan family kengkawan semua (tbh aku tak tahu apa keperluan menyambut tahun baru, bagi aku buang masa je. Personal opinion, no offence), aku pulak seawal 9.00 pagi dah mengusung bagasi sebesar alam to Stadium Malawati Shah Alam. Serabut kepala jangan cakaplah, macam macam aku fikir masa tu – macam mana nak survive tiga bulan hidup terkurung; sedangkan duduk kat asrama tak balik dua minggu pun dah bising, macam mana nak survive dengan orang orang baru; well, tbh sebenarnya aku bukanlah jenis yg ceria kanak kanak ribena, tapi takdelah pemalu ala ala pokok semalu, it’s just that I take times to adjust myself with the new surroundings. Luckily, ramai jugak TIKLians yg satu kem dengan aku, about 5 orang macam tu including me. Sadly, aku sorang je perempuan antara semua tu. So basically nothing helps. But most importantly, aku lebih memikirkan kehidupan ala askar yang akan aku jalani untuk tempoh tiga bulan tu – it’s my typical thinking sebab semua orang sogokkan aku dengan so-unreal-facts yang kem PLKN tu macam kem askar. Believe me people, IT ISN’T. A good news indeed.

Back to the main story then. Jauh menyimpang LOL. A bus provided by JLKN took us to the camp site. Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang, Selangor. Will never forget that place :’) First impression aku kat campsite tu – exciting. Seriously. Kem dia maybe tak sebesar kem lain, but yeah the view was just amazing, subhanallah. Kem kitorang tu location dia kira agak strategic jugak kot. Located at Taman Rimba Templer, tapi takdelah dalam hutan sangat pun. Betul betul sebelah kem ada satu padang golf. Boleh nampak dengan sangat jelas dari padang kawad Pak Din LOL (omg I really miss that old man, al fatihah). Kalau setakat nak main lambai lambai tangan kat pakcik pakcik kaya yang main golf kat sana, memang situ lah tempatnya. Oh miang tak bertempat.

First day, biasalah. Spot-check mesti ada. Barang-barang terlarang as stated dalam surat memang strictly tak boleh bawa masuk - barang-barang tajam, rokok, bahan api, ubat-ubatan, pil-pil, laptop etc. Hand phone set are somehow allowed, tapi later to be handed off. Pengurusan kem akan simpan handphone tu sampai habis kem. Tapi jangan risau, setiap hujung minggu mesti diorang pulang balik. That explains why hand phones were more likely a lifesaver there.

Pesanan penaja, untuk sesiapa yang sibuk tengah pack barang untuk pergi PLKN nanti, takyah lah bawak barang barang macam nak pindah rumah bagai. Banyak reasons yang mewajarkan korang berbuat begitu, antaranya:

1. Locker kat PLKN memang maha sempit. Kalau korang biasa duduk asrama, maybe korang lebih familiar dengan istilah loker mayat. Hah, macam tu lah loker kat PLKN nanti gambarannya.

2. Definitely suffer gila nak bawak beg besar alam tu balik dorm. FYI, most of PLKN dormitories letaknya kat atas bukit, jauh dari kawasan utama. Nak nak pulak korang bawak bagasi besar-besar ala ala nak lari dari rumah tu. Bahana lah jawabnya. BTW, rasanya dalam surat pun ada tulis yang kau hanya akan dibenarkan bawa satu bagasi je masa lapor diri tu. So lebih baiknya bawa apa yang patut je.


Gambaran kesusahan kami mengangkut beg pada hari pertama pfffftttt.
3. Kat PLKN ada kit layout, macam ala ala askar jugak. Kit layout ni lebih kurang macam guidelines macam mana nak kemas tempat tidur kau. Aku taktau macam mana nak explain dengan lebih specific. Sorry. Girls especially, kalau korang ada terfikir nak bawa teddy bear bantal busuk segala, sila lupakan. Hal ini kerana kit layout kem adalah sangat strict.

Kit layout is more likely a guideline on macam mana cara nak kemas katil. Tak tau macam mana nak explain. And that is our loker mayat.

 4. Kat PLKN, hidup kau memang sentiasa ditemani uniform. Tanpa kompromi. Bawa baju banyak2 pun buat semak locker je. Besides, JLKN memang provide barang-barang as stated dalam surat. So, pandai pandailah manage.

5. Untuk yang pernah duduk asrama, mesti kompem akan bawak stock of food supplies. Believe me, masa kat PLKN adalah sangat preoccupied with activities dan kau takkan terfikir pun pasal makanan makanan yang kau bawa semua tu. Besides, makan enam kali sehari plus there’s even a kiosk in campsite selling your basic needs. Kalau memang tak boleh hidup tanpa mi Maggi, bawalah mangkuk sudu garfu etc cukup sekadar yang perlu.  Tak perlu bawa gourmet set siap dengan water heater segala bagai. No worries, water cooler is provided. (Cakap berdasarkan pengalaman hewhew)

Pasal dorm, jangan bimbang apatah lagi terpengaruh dengan cakap kawan kawan kau yang tak pernah merasa hidup kat PLKN tu. Typically, diorang ni lah biasanya cakap PLKN itu PLKN ini. It’s cozy enough for a living. Tak pernah merasa hidup susah? Sama je dengan hidup kat asrama, PLKN will definitely mengajar kau hidup berdikari. Masa ni lah nak merasa hidup susah lagipun. That’s only when you’ll realize about the reality of life.


Kalau bernasib baik, mungkin korang dapat berkawan dengan makhluk ni selama tiga bulan.

And oh, masa first day tu jugak you’ll be divided into companies, namely Alpha, Bravo, Charlie and Delta. Nama kompeni bergantung kepada kem. Ada certain tempat ada kompeni Mahathir, Gemilang etc. I was with Charlie back then. Basically during the whole 3 months kau akan bersama dengan kompeni kau almost all the time, masa makan, tidur, roll call, games etc.  kecuali masa kelas CB.


Our JL is our bestfriend back then :)

Untuk si mata duitan, jangan bimbang. Kau pergi PLKN ni pun dibayar okay. Approximately about RM300+ during the three months stays. Well actually it depends on kekerapan kau join aktiviti - time aku kitorang dapat RM400+ untuk duration kurang daripada 3 bulan. Okay apa, makan free kot. 

PART 2 – ACTIVITIES & MODULES

PLKN ni ada macam macam modul seingat aku. Ada modul fizikal, kerohanian, character building and khidmat masyarakat. Seingat aku ni je. Supposedly ada yang termissed, forgive me.  Each of the following modules ada cabang cabang dia, so basically modul modul ni lah yang akan preoccupy your daily timetable sepanjang kau kat kem ni.

MODUL FIZIKAL

Orang orang yang adventurous (konon) macam aku will definitely enjoy this module more than the other modules. aktiviti yang biasa korang nampak dalam TV, iklan Bio-Zip contoh terbaik; ada dalam modul ni. Some of the activities yang akan korang buat will be navigasi, flying fox, water rafting, water confidence, kembara halangan, kawad kaki, survival,  pertolongan cemas and satu modul lagi yang aku lupa namanya tapi dia more to mini games. By the end of the day, ada satu kem so called the WiraJaya, sepanjang kem tu you’ll be tested on skills based on apa yang telah kau belajar daripada sub modul tu semua.


Flying Fox
Kembara Halangan, alah, macam iklan BioZip tu haha
Water Rafting
Wirajaya? We have to sleep in our own-made; military-like tent haha. 
Surviving Skills - the picture depicts us learning how to do the backwood cooking
and here's the best part - belajar menembak. khas untuk mereka yg join PLKN LOL
and perhaps berlagak dengan M16 sebab bukan semua orang boleh pegang haha.

MODUL CB – CHARACTER BUILDING

Character building ni is actually more to kelas motivasi macam tu. Ramai yang cakap kelas ni macam kelas kindergarten sebab you’ll be treated that way somehow. Tapi dalam banyak banyak modul, modul CB ni yang paling banyak dan yang paling panjang. It will be carried out in class, which means that you’ll be divided into classes. Cuma untuk modul ni je yang tak require kau untuk work in companies. Most of the time, untuk setiap sub-modul kelas kau akan occasionally bertukar. Perhaps this explains why kau boleh kenal dengan most of the people in camp within three months. Sub modul untuk modul CB:

1. CB : The longest ever, ada part 1 part 2. Lebih kepada motivasi macam mana nak bina keyakinan diri. Tak boring sebab banyak mini games that will always makes you stay awake during class.
2. Pendidikan Seks dan Kesihatan Reproduktiviti : The title describes it well. Will mainly focused on that matter. Frankly speaking, kelas ni boring gila sebab lebih kepada facts. But most of the boys tiba tiba jadi hiperaktif semacam, another fact.
3. Kenegaraan : Objektif dia lebih kepada  menanam semangat cintakan Negara dan perpaduan antara kaum. Dalam modul ni adalah revise sikit-sikit topic topic subjek Sejarah SPM dulu.
4. Kebudayaan : you’ll be exposed to other cultures and religious view. Objektif; membanteras semangat perkauman atau racism. There will be a chance for you to perform during malam kebudayaan.

(FYI, masa kelas CB camera is not allowed so basically there would be no pictures for this hihi)

MODUL KHIDMAT MASYARAKAT

Well, modul ni besar sikit scopes dia. Macam kitorang dulu, we wre divided into three groups. Untuk group aku, we went to Kg Kemensah, Hulu Langat untuk khidmat masyarakat. Basically we communicated with the locals there. Macam macam aktiviti yang kitorang buat. Yang paling common, gotong royong, mengajar anak anak orang kat sana, melawat tempat tempat menarik kat kawasan tu and the list goes on.  Paling best bila you get the chance to make foster family with the locals there. Orang orang kampong tu seriously, they were superbly nice. Rasa macam sangat dihargai masa tu. I miss that moment.



During our visit to Kg Kemensah, we eventually made a new foster family with the villagers there. They were superbly nice, really miss that moment :')


The other part of the modul is hari kesukarelawanan. You’ll be briefed on those unit beruniform and how to volunteer with them. Masa tu korang akan diberi pilihan untuk piilih yang mana satu unit beruniform yang korang berkenan and fill in the forms and you’ll get notified about trainings etc. later. Aku pilih Tentera Simpanan TUDM. Sampai sekarang tak kena panggil training lagi. Tak dapat lah tu. Hmmph.

Walaupun secara zahirnya kami terperuk tiga bulan dalam kem kononnya tak tengok dunia luar, tapi kami bahagia bersama, sampai taknak balik, okay? 
Hopefully korang dah nampak gambaran secara kasar, what PLKN actually is. Kalau dah diceritakan pengalaman kat sini, macam pretty much endless kot haha. Believe me, those experience yang kau dapat masa kem are just too precious. You'll be terrified by those exciting moments, believe me. Bersyukurlah for the fact that you are the chosen one, dapat merasai pengalaman ni semua. Bukan semua orang beruntung dapat merasa pengalaman ni kay. Stay positive, you shall happy :)

11 comments:

mieyazara said...

nak tgok gmbar please !

Syafira Saufi said...

mieyazara, kalau nak tengok gambar rasanya boleh pergi kat facebook saya kot. semua gambar masa kat PLKN ada upload kat situ :)

here :) http://www.facebook.com/syafirasaufi

Anonymous said...

just nak tanya, boleh ke pakai tudung kat luar baju? diorang bagi tak? :)

Syafira Saufi said...

anonymousActually it depends dekat pengurusan kem tu. At my place, diorang tak bagi katanya nanti pergerakan agak susah due to the activities yg agak lasak jugak but not to worry much sebab uniform2 dia memang besar enough :)

Deraland said...

nk tanye kakak... ade maggi x kat situ :D

Syafira Saufi said...

Deraland,, haha ni mesti tak boleh hidup takde maggi ni - kitorang pun sama je haha. kat kem ada kiosk, biasanya ada je jual kat sana :D

Deraland said...

oh.. thanks ^^

Syafira Saufi said...

Deraland, bob, aku bunuh kau satgi hahah

Deraland said...

Mintak maaf kakak.. saya hanya inginkan maggi.. mintak maaf atas kesalahan saya T.T

Fathi Umairah said...

paling xbleh bla kan fir... bilemane ak dapat bju lelaki!!!!! urghhh hanya tsedar bile terase klainan antr ak dan ..... y mmakai bju saiz y same.... dan tsedarnye wktu tu tidk mmpu mgubah pape... ahhh

Syafira Saufi said...

fathi lol jelas lagi nyatalah yang baju PLKN memang besar gedabak sampai lelaki dgn perempuan pun macam takde beza haha. (btw .... tu siapa haha)

weh, aku rindu masa tu :')